Tak sangka anak ketiga lahir 31 Ogos

Dr Suraya (kiri) menyerahkan cenderahati kepada seorang ibu, Syahnaz Mohd Azali, 37, pada Majlis Sambutan Bayi Merdeka Hospital Putrajaya 2023 pada Khamis. - Foto Sinar Harian/ Mohd Halim Abdul Wahid
Dr Suraya (kiri) menyerahkan cenderahati kepada seorang ibu, Syahnaz Mohd Azali, 37, pada Majlis Sambutan Bayi Merdeka Hospital Putrajaya 2023 pada Khamis. - Foto Sinar Harian/ Mohd Halim Abdul Wahid
A
A
A

PUTRAJAYA - Seramai lima bayi dilahirkan pada Hari Kebangsaan di Hospital Putrajaya dengan masing-masing tiga perempuan dan dua lelaki setakat jam 2 petang pada Khamis.

Bayi pertama dilaporkan lahir pada jam 12:51 pagi dengan berat 2.8 kilogram.

Pegawai penyelidik makanan Kementerian Kesihatan (KKM), Syahnaz Mohd Azali, 37, berkata, dia tidak menyangka akan menyambut kelahiran anak ketiganya pada tanggal 31 Ogos.

Menurut ibu kepada tiga orang cahaya mata itu, perasaan gembira dan teruja menyaksikan kelahiran bayi lelakinya pada hari bersejarah itu.

Empat dari lima bayi yang lahir setakat jam 2 petang diraikan pada Majlis Sambutan Bayi Merdeka Hospital Putrajaya 2023 pada Khamis. - Foto Sinar Harian/ Mohd Halim Abdul Wahid
Empat dari lima bayi yang lahir setakat jam 2 petang diraikan pada Majlis Sambutan Bayi Merdeka Hospital Putrajaya 2023 pada Khamis. - Foto Sinar Harian/ Mohd Halim Abdul Wahid

"Saya datang ke hospital pada 30 Ogos, ingatkan tidak dapat lahirkan anak 31 Ogos tetapi dapat pula lahir hari ini.

"Setiap tanggal 31 Ogos memang saya tidak akan lupa tarikh hari lahir anak saya," katanya kepada pemberita dalam Majlis Sambutan Bayi Merdeka Hospital Putrajaya.

Sementara itu, Pengarah Hospital Putrajaya, Dr Suraya Amir Hussin berkata, kehadiran bayi merdeka di hospital berkenaan merupakan detik bersejarah dan tidak akan dilupakan.

Artikel Berkaitan:

Ujar beliau, pihaknya gembira dapat meraikan ibu dan bayi yang lahir pada tarikh istimewa hari ini.

Dr Suraya (kiri) melihat ‘bayi merdeka’ yang diraikan pada Majlis Sambutan Bayi Merdeka Hospital Putrajaya 2023 pada Khamis. - Foto Sinar Harian/ Mohd Halim Abdul Wahid
Dr Suraya (kiri) melihat ‘bayi merdeka’ yang diraikan pada Majlis Sambutan Bayi Merdeka Hospital Putrajaya 2023 pada Khamis. - Foto Sinar Harian/ Mohd Halim Abdul Wahid

"Saya mendoakan anak-anak ini menjadi pejuang bangsa, berfikiran positif dan berakhlak mulia serta memberi manfaat kepada komuniti.

"Kami berbesar hati menguruskan kelahiran bayi merdeka dan mengucapkan tahniah kepada ibu bapa atas kelahiran keluarga baru di Hospital Putrajaya," katanya.