Agong, PM hadir sambutan Hari Kebangsaan di Dataran Putrajaya

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima Tabik Hormat Diraja daripada Kawalan Kehormatan Utama dari Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja pada sambutan Hari Kebangsaan Ke-66 bertemakan Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan di Dataran Putrajaya hari ini. - Foto Bernama

A
A
A

PUTRAJAYA - Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah tiba di Dataran Putrajaya pada jam 8 pagi sempena Sambutan Hari Kebangsaan ke-66.

Seri Paduka Baginda turut diiringi Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba pada jam 7.55 pagi bersama beberapa lagi pihak kenamaan. Sambutan dimulakan dengan persembahan lagu tema Hari Kebangsaan 2023 daripada Kementerian Pendidikan melibatkan 1,500 murid.

Sementara itu, acara perbarisan pada kali ini melibatkan sekitar 17,000 peserta yang terdiri daripada 10 komponen.