Gempa bumi: Gegaran kejutkan penduduk Ranau

Pemantauan dibuat oleh pasukan BBP Ranau selepas gegaran gempa bumi lemah berlaku di Pekan Ranau.
Pemantauan dibuat oleh pasukan BBP Ranau selepas gegaran gempa bumi lemah berlaku di Pekan Ranau.
A
A
A

RANAU - Gegaran kurang lima saat yang dirasai di Ranau mengejutkan penduduk di daerah itu apabila gempa bumi lemah berlaku pada magnitud 3.7 awal pagi Khamis.

Pusat gempa bumi yang terletak di 6.1° Utara dan 116.6° Timur dengan kedalaman lima kilometer dan 13 kilometer Barat Laut dari Ranau berlaku pada jam 7.13 pagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Gempa bumi 3.7 skala Richter landa Ranau, Sabah

Menurut penduduk Ranau, Jamri Salleh, 45, ketika kejadian dia berada di rumahnya yang terletak di bangunan flat tingkat tiga.

"Ketika itu saya sudah bangun dan sedang duduk di kerusi. Tiba-tiba saya rasa gegaran sekitar tiga hingga empat saat namun tiada barangan rumah yang terjatuh.

"Saya kemudian lihat diluar untuk periksa keadaan diluar tetapi dalam keadaan baik juga. Jika gegaran lebih lima saat saya mungkin akan keluar segera dari flat," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Khamis.

Bagaimanapun, menurut Jamri ia keadaan biasa bagi penduduk sekitar daerah itu kerana gegaran lemah pernah berlaku di Ranau yang diketahui sebagai lokasi gempa bumi sebelum ini.

"Biasa sudah rasai gegaran tetapi jika lebih lima saat, saya akan ambil tindakan keluar dari rumah," katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau Ridwan Mohd Taib berkata, susulan kejadian itu pasukannya telah menjalankan pemantauan dan pemeriksaan bangunan di sekitar Pekan Ranau.

Artikel Berkaitan:

"Buat masa ini Bilik Kawalan BBP Ranau tidak menerima panggilan kecemasan berkaitan gempa bumi dari orang awam namun pemantauan tetap dilakukan," katanya.

Ditanya mengenai keadaan ketika gegaran berlaku, Ridwan berkata dia sendiri turut merasai gegaran yang lemah.

"Gegaran hanya selama lima saat tapi lemah," katanya.