Gempa bumi 3.7 skala Richter landa Ranau, Sabah

Satu gempa bumi lemah berukuran 3.7 pada skala Richter berlaku di Ranau pada 7.13 pagi tadi. - Gambar hiasan
Satu gempa bumi lemah berukuran 3.7 pada skala Richter berlaku di Ranau pada 7.13 pagi tadi. - Gambar hiasan
A
A
A

KOTA KINABALU - Satu gempa bumi lemah berukuran 3.7 pada skala Richter berlaku di Ranau pada 7.13 pagi tadi.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, pusat gempa bumi itu terletak di 6.1 darjah utara dan 116.6 darjah timur dengan kedalaman 5 km iaitu 13 km barat laut dari Ranau.

"Gegaran dirasai di Ranau dan kawasan sekitarnya.

"Jabatan Meteorologi Malaysia akan terus memantau keadaan ini," menurut kenyataan itu. - Bernama.

Artikel Berkaitan: