PRK: Polis Johor lulus 42 permit ceramah, kempen

No Image Caption
A
A
A

JOHOR BAHRU - Polis Johor telah meluluskan sebanyak 42 permit ceramah dan kempen bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai (P.161) dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram (N.13), setakat 30 Ogos 2023.

Menurut Jurucakap Media PRK Johor di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, Superintenden Ibrahim Mat Som, sebanyak tiga permit ceramah dan 24 permit kempen telah diluluskan bagi Parlimen Pulai manakala 14 permit ceramah dan satu permit kempen telah diluluskan bagi DUN Simpang Jeram.

“Bagi tempoh 26 Ogos hingga 30 Ogos, sebanyak dua kertas siasatan dibuka dan sebanyak 99 permit telah diluluskan daripada 107 permohonan yang diterima.

“Polis Johor menasihatkan agar semua parti serta kumpulan penyokong menghormati antara satu sama lain serta tidak melakukan kerosakan dengan mencabut atau membakar mana-mana poster-poster, kain rentang, dan bendera.

“Perkara itu merupakan perbuatan khianat dan menyalahi undang-undang dan boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Sementara itu, sekiranya mempunyai sebarang permasalahan yang timbul, mana-mana pihak boleh merujuk kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya berlandaskan undang-undang yang sedia ada.

Artikel Berkaitan: