PRK: Polis Johor lulus 182 permit daripada 190 permohonan

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Sebanyak 182 permit diluluskan Polis Johor dalam tempoh enam hari kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram sehingga Khamis.

Jurucakap Media PRK Johor, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, Superintenden Ibrahim Mat Som berkata, jumlah permit yang diluluskan itu merangkumi keseluruhan daripada 190 permohonan yang diterima polis.

"Pada Jumaat, sebanyak 29 permit ceramah dan kempen PRK diluluskan kawasan Parlimen Pulai dan 12 permit ceramah dan kempen bagi DUN Simpang Jeram.

"Dua kertas siasatan juga sudah dibuka sepanjang tempoh berkempen, membabitkan peruntukan undang-undang mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Polis Johor turut menasihatkan semua parti serta kumpulan penyokong sentiasa bertoleransi, berkempen secara berhemah dan menghormati satu sama lain agar keamanan dikekalkan.

"Sekiranya berdepan sebarang permasalahan yang timbul, mana-mana pihak boleh merujuk kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya berlandaskan undang-undang yang sedia ada," ujarnya.

Artikel Berkaitan: