Chelsea lepasi ujian Wimbledon di London

Fernández
Fernández
A
A
A

CHELSEA mengesahkan kemaraan ke Pusingan Ketiga Piala Liga selepas menewaskan kelab Divisyen Dua AFC Wimbledon, 2-1 dalam perlawanan di Stadium Stamford Bridge pada Khamis.

Gol sepakan penalti Noni Madueke minit ke-46 diikuti penyudah Enzo Fernández (m-72) sudah cukup membolehkan armada Mauricio Pochettino mara.

Bagaimanapun The Dons asuhan Johnnie Jackson yang kini kelab tangga kelima Divisyen mendahului menerusi James Alexander David Tilley pada minit ke-19.

“Saya percaya dengan barisan pemain Chelsea yang kami ada, apabila sandaran diletakkan kepada mereka.

"Mereka membuktikan dengan membalas dalam bentuk kemenangan," kata Pochettino selepas perlawanan.

Keputusan di London itu menyaksikan Chelsea bakal menanti kunjungan Brighton dalam perlawanan pusingan ketiga di Stadium Stamford Bridge pada 27 September ini.

PIALA LIGA

Pusingan Kedua

Artikel Berkaitan:

Keputusan

Swansea 2-3 Bournemouth

Bristol City 0-1 Norwich City

Plymouth Argyle 2-4 Crystal Palace

Fulham 1-1 Tottenham (5-3 penalti)

Tranmere Rovers 0-2 Leicester City

Wycombe 0-1 Sutton United

Portsmouth 1-1 Peterborough (4-5 penalti)

Port Vale 0-0 Crewe Alexandra (2-0 penalti)

Wolves 5-0 Blackpool

Wrexham 1-1 Brentford City (3-4 penalti)

Birmingham 1-3 Cardiff City

Luton Town 3-2 Gillingham

Stoke City 6-1 Rotterdam

Sheffield Wednesday 1-1 Mansfield (4-5 penalti

Newport County 1-1 Brentford (0-3 penalti)

Bolton 1-3 Middlesbrough

Exeter City 1-1 Stevenage (5-3 penalti)

Reading 2-2 Ipswich Town (1-3

Salford City 1-1 Leeds United (9-8 penalti)

Harrogate Town 0-8 Blackburn Rovers

Chelsea 2-1 AFC Wimbledon

Sheffield United 1-1 Lincoln City (2-3 penalti)

Nottingham Forest 0-1 Burnley

Doncaster 1-2 Everton