Tun M doktrin orang Melayu tak suka DAP - Ahmad Maslan

Ahmad Maslan
Ahmad Maslan
A
A
A

SHAH ALAM - Timbalan Menteri Kewangan 1, Datuk Seri Ahmad Maslan mendakwa Tun Dr Mahathir Mohamad antara pemimpin UMNO ketika itu yang mendoktrin pemikiran masyarakat Melayu untuk tidak menyukai DAP.

Namun, tahun 2018 Dr Mahathir bekerjasama dengan DAP sehingga berjaya menjatuhkan UMNO sehingga berjaya menubuhkan kerajaan selepas menang dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

“Antara yang mendoktrin untuk orang Melayu tidak suka DAP ini ialah Tun Mahathir.

“Tetapi apabila Tun Mahathir ingin mengalahkan Barisan Nasional (BN) pada tahun 2018 pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) beliau bersama DAP dan hakikat itu boleh pula diterima rakyat Malaysia sehingga memberi peluang mereka menjadi kerajaan kadang-kadang daripada segi kefahaman buat kita celaru,” katanya dalam Facebook Live UMNO Online Edisi Rakyat 2023 yang bertajuk ‘Gelombang Hijau yang terencat dan turut menjadi moderator, Datuk Dr Noor Azizan Abdul Majid pada Rabu.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pontian berkata, sebelum ini terdapat beberapa gabungan parti seperti Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bersama DAP dan mudah diterima oleh rakyat.

Ujarnya, hubungan antara UMNO dan DAP sukar diterima oleh orang Melayu kerana terdapat pihak yang didakwa memutar belit fakta mengenai gabungan tersebut.

Jelasnya, pembentukan Kerajaan Perpaduan adalah sesuai dijadikan model pentadbiran kerana ia bersifat inklusif kepada semua parti.

“Saya kira halangan-halangan itu adalah fakta yang di pusing dan diseleweng serta fitnah oleh pihak sebelah sana lah. Itu antara sebab utamanya.

Artikel Berkaitan:

“Kita ada pelbagai kaum seperti Melayu, Cina,India, Kadazan, Iban seluruh bumiputera yang ada di Sabah dan Sarawak ia diwakili majoritinya dalam Kerajaan Perpaduan serta tidak spesifik kepada kaum Melayu sahaja yang menjadi keutamaan,” ujarnya.