Agong berbuka puasa bersama anggota Kabinet, perwakilan asing

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (dua, kanan) dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah (kanan) berangkat tiba pada Majlis Berbuka Puasa di Istana Negara malam ini. Foto: Bernama

A
A
A

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat ke majlis berbuka puasa bersama Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad serta barisan anggota Kabinet di Istana Negara di sini, malam ini.

Turut hadir isteri Perdana Menteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

Kenamaan lain yang menyertai majlis itu ialah Ketua Hakim Negara, Datuk Tengku Maimun Tuan Mat dan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof.

Majlis itu turut dihadiri perwakilan asing antaranya dari Yaman, Turki, Arab Saudi, Syria, Jordan, Mesir, Senegal, Bosnia Herzegovina, Palestin, Iraq, Azerbaijan, Bahrain, Thailand, Bangladesh, Jepun, Filipina, India dan Brunei. - Bernama

Artikel Berkaitan: