Konvoi Jalur Gemilang semarak semangat patriotisme belia

Lebih 60 motosikal mengelilingi Felda Lasah, Sungai Siput mengibar Jalur Gemilang bagi menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan ke-66 kali ini.
Lebih 60 motosikal mengelilingi Felda Lasah, Sungai Siput mengibar Jalur Gemilang bagi menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan ke-66 kali ini.
A
A
A

SUNGAI SIPUT - Lebih 60 motosikal berhias mengambil bahagian dalam konvoi kibar Jalur Gemilang mengelilingi Felda Lasah di sini bagi memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan ke-66 pada Khamis.

Penyelaras program, Rozaidi Salih berkata, perarakan lebih tiga kilometer itu dianjurkan dalam usaha menyemarakkan semangat patriotisme terutama dalam kalangan remaja dan belia kawasan itu.

"Perarakan motosikal berhias merupakan salah satu aktiviti tahunan yang dianjurkan penduduk bagi memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan tahun ini.

"Menerusi penyertaan ini, kita bukan sahaja dapat lihat kreativiti penduduk malah ia dapat menghidupkan dan menyemarakkan Bulan Kebangsaan," katanya ketika ditemui Sinar Harian di sini pada Rabu.

Menurutnya, sebanyak 42 kediaman dan premis turut menyertai pertandingan bangunan berhias bertemakan kemerdekaan.

"Pelbagai aktiviti lain dianjurkan antaranya pertandingan sepak penalti wanita, bola jaring lelaki, tarik tali, bola petanque dan sebagainya.

"Pogram selama dua hari sehingga esok (Khamis) mendapat penyertaan luar biasa apabila hampir 1,000 penduduk pelbagai peringkat usia dan kaum terlibat kali ini sebagai tanda cintakan negara," katanya.

Artikel Berkaitan: