66 bot berarak telusuri Sungai Kedah semarakkan Hari Kebangsaan

Sebanyak 66 bot berarak menyusuri Sungai Kedah sempena sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-66.
Sebanyak 66 bot berarak menyusuri Sungai Kedah sempena sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-66.
A
A
A

ALOR SETAR - Sebanyak 66 bot yang dihias bendera Jalur Gemilang dan Kedah berarak menelusuri Sungai Kedah sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-66.

Exco Pertanian, Perladangan, Pengangkutan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Suka Menanti, Dzowahir Ab Ghani berkata, perarakan bot itu merupakan cara tersendiri rakyat Malaysia termasuk beliau menyatakan rasa cinta kepada negara.

Menurutnya, semua bot yang memuatkan 203 peserta termasuk beliau dan Exco Kepenggunaan dan Kos Sara Hidup, Belia dan Sukan, Mohamad Radhi Mat Din melakukan perarakan sejauh 17 kilometer (km).

"Kami menelusuri sungai sambil mengibarkan Jalur Gemilang demi menyemarakkan dan memeriahkan sambutan kemerdekaan," katanya.

Beliau berkata sedemikian kepada pemberita sebelum perarakan bot menyambut kemerdekaan di pelantar Seberang Pantai Johor di sini pada Rabu.

Tambah Dzowahir, inisiatif itu dilaksanakan Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Suka Menanti bersama masyarakat setempat.

Menurut beliau, perarakan turut disertai Ahli Parlimen Kuala Kedah, Dr Ahmad Fakhruddin Fakhrurazi; Ahli Parlimen Alor Setar, Afnan Hamimi Taib Azzamuden dan ADUN Anak Bukit, Rashidi Razak.

Peserta perarakan bot berlepas di pelantar Seberang Pantai Johor, Alor Setar pada Rabu.
Peserta perarakan bot berlepas di pelantar Seberang Pantai Johor, Alor Setar pada Rabu.

Artikel Berkaitan:

Katanya, aktiviti perarakan turut melibatkan penduduk setempat di sepanjang Sungai Kedah termasuklah Alor Madi, Gunung, Tajar dan Perumahan Mergong.

"Alhamdulillah, aktiviti diadakan sempena kemerdekaan negara mendapat sambutan dan sokongan penduduk setempat apabila ramai mengambil bahagian menyertai perarakan 66 bot itu,katanya.

"Kami berarak menelusuri sungai bermula dari Seberang Pantai Johor diikuti Mentaloon, Stadium Darul Aman dan Pekan Cina sebelum berpatah balik ke pengkalan Seberang Pantai Johor," katanya.

Beliau memberitahu, selepas perarakan bot, pihaknya turut menyerahkan bendera Malaysia kepada pengguna jalan raya di hadapan Muzium Negeri Kedah.

"Insya-ALLAH, kami akan berusaha menjadikan acara ini sebagai acara tahunan dengan sambutan lebih meriah pada tahun akan datang," katanya.