Terengganu ungguli Sukya 2023

Terengganu mengungguli Kejohanan Bola Jaring Kebangsaan Sukya kali ke-12 pada 2023.
Terengganu mengungguli Kejohanan Bola Jaring Kebangsaan Sukya kali ke-12 pada 2023.
A
A
A

TERENGGANU mengungguli Kejohanan Bola Jaring Kebangsaan Temasya Sukan Anak-Anak Yatim Se-Malaysia (Sukya) kali ke-12 pada 2023 yang diadakan di Stadium Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang pada Selasa.

Terengganu mencipta kejayaan apabila menyumbang emas yang kelapan untuk kontinjen negeri itu bagi acara bola jaring.

Lebih manis Terengganu melakar sejarah tersendiri apabila meraih lima pemain terbaik termasuk Munifah Basyeerah selaku penjaring terbanyak dan Syafiqah Alya sebagai penyerang terbaik.

Menurut Ketua Jurulatih Pasukan Bola Jaring Terengganu, Haffiz Salleh berkata, pasukannya mempamerkan permainan yang sangat baik semasa perlawanan selain konsisten sehingga ke perlawanan akhir menentang pasukan dari Perak.

"Saya sangat berpuas hati dengan corak permainan yang dipamerkan. Sejarah pada 2014 kembali setelah sembilan tahun kami berehat atas kekangan kerja.

"Namun pada tahun ini saya melihat potensi pada atlet-atlet tersebut dan akhirnya sekali lagi mereka membawa emas bagi kontinjen Terengganu," katanya dalam kenyataan di sini pada Rabu.

Sukya kali ke-12 2023 diadakan di Stadium USM bermula 25 Ogos hingga 30 Ogos ini.

Selain bola jaring, 15 acara dipertandingkan membabitkan pelbagai sukan antaranya olahraga, bola tampar, bola sepak, badminton, sepak takraw, renang dan memanah.

Artikel Berkaitan: