'Menang kerana sentimen berbanding reputasi'

Hafidzah panel dalam program Wacana Sinar bertajuk 66 Tahun Merdeka: Di mana Kuasa Politik Wanita yang dihoskan Herleena Pahlavy.
Hafidzah panel dalam program Wacana Sinar bertajuk 66 Tahun Merdeka: Di mana Kuasa Politik Wanita yang dihoskan Herleena Pahlavy.
A
A
A

SHAH ALAM - Kemenangan sesebuah parti dalam pilihan raya lebih bergantung kepada sentimen politik berbanding dengan prestasi, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Lama, Dr Hafidzah Mustakim.

Beliau berkata, fenomena itu dilihat amat ketara sekali gus membimbangkan kerana boleh menggugatkan kesejahteraan dan ekonomi rakyat.

"Kalau saya kalah dengan manifesto masih boleh diterima tetapi tidak rela jika ia dimainkan sentimen 2R, agama dan perkauman berbanding reputasi.

"Ia menunjukkan kita (ahli politik) menang tetapi rakyat yang kalah kerana kemenangan itu demi kepentingan mereka," katanya.

Beliau berkata demikian selaku panel dalam program Wacana Sinar bertajuk 66 Tahun Merdeka: Di mana Kuasa Politik Wanita yang dihoskan Herleena Pahlavy.

Panel lain yang turut terlibat termasuk Ketua Biro Guaman dan Undang-undang Wanita PKR, Rabiatul Adawiyah Sulaiman; Pengarah Strategik dan Pengurusan Risiko Muslimat Pas, Wan Hasrina Wan Hassan dan Ketua Srikandi Muda Bersatu Malaysia, Nurul Fadzilah Kamaluddin.

Tambah Hafidzah, kemenangan beliau di DUN Kota Lama membuktikan rakyat menerima golongan wanita sebagai wakil rakyat meskipun sengit tetapi hakikatnya seramai 9, 691 orang yang mengundinya.

"Walaupun pernah dilabel sebagai pengkhianat dan penentang perjuangan Islam tetapi kita tidak gentar dengan apa yang mahu dilaksanakan nanti," ujarnya.

Artikel Berkaitan: