Banjir tidak banyak berubah

No Image Caption
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Keadaan banjir di Terengganu tidak banyak berubah dengan empat pusat pemindahan masih dibuka di Hulu Terengganu dan Dungun.

Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri, Lt.Kol. (PA) Che Adam A. Rahman berkata, sehingga jam 8 pagi tadi, seramai 163 dari 45 keluarga ditempatkan di pusat pemindahan.

"Hulu Terengganu merekodkan mangsa paling ramai iaitu 131 orang dan manakala selebihnya daerah Dungun," katanya hari ini.

Menurut beliau, lima jalan di Hulu Terengganu, Kemaman dan Setiu ditutup kepada semua kenderaan dan kenderaan ringan kerana ditenggelami air.

"Jalan tersebut adalah Jalan Batu 24/Pengkalan Ajal di Felcra Pasir, Jalan Felda Mengkawang Tersat di Kampung Lubuk Periuk dan Jalan Bukit Diman-Tersat di Kampung Pengkalan Ajal, Hulu Terengganu.

"Jalan lain yang ditutup adalah Jalan Pelantoh di Kampung Tebak, Lemaman dan Jalan Permaisuri/Hulu Seladang di Kampung Besut di Setiu," katanya.

Artikel Berkaitan: