10,000 peserta sertai perbarisan Hari Kebangsaan 2023 di Melaka

Sebahagian peserta yang menyertai sesi raptai penuh Sambutan Hari Kebangsaan 2023, di Dataran Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, Banda Hilir di sini, pada Selasa.
Sebahagian peserta yang menyertai sesi raptai penuh Sambutan Hari Kebangsaan 2023, di Dataran Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, Banda Hilir di sini, pada Selasa.
A
A
A

MELAKA - Seramai 10,000 peserta akan mengambil bahagian dalam acara perbarisan dan perarakan sempena Hari Kebangsaan 2023 peringkat negeri di Banda Hilir, pada Khamis ini.

Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) Negeri, Shahrom Ravin Daram Abdullah berkata, bilangan peserta pada tahun ini adalah yang teramai selepas pandemik Covid-19.

Menurutnya, acara yang diadakan di Dataran Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan itu membabitkan seramai 9,884 peserta dari pelbagai agensi.

Katanya, selain itu, 179 kontinjen dan 593 aset turut akan mengambil bahagian bagi memeriahkan perbarisan dan perarakan sempena Hari Kemerdekaan ke-66 negara.

"Ia terdiri daripada badan beruniform seperti Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) termasuk juga agensi kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO) serta pelajar sekolah.

"Ini merupakan sambutan terbesar selepas negara dilanda Covid-19.

Kumpulan motosikal berkuasa tinggi turut menyertai sesi raptai penuh acara perbarisan sempena
Hari Kebangsaan di Melaka.
Kumpulan motosikal berkuasa tinggi turut menyertai sesi raptai penuh acara perbarisan sempena Hari Kebangsaan di Melaka.

"Memandangkan pada tahun lalu tiada sambutan dibuat dan sudah pasti kali ini orang ramai teruja dan sambutan lebih meriah," katanya ketika ditemui pemberita selepas sesi raptai penuh Sambutan Hari Kebangsaan 2023, di Dataran Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, Banda Hilir di sini, pada Selasa.

Artikel Berkaitan:

Tambahnya, pertunjukan aset daripada JBPM dan ATM dijangka mencuri tumpuan pengunjung yang hadir pada hari sambutan berkenaan.

Ujarnya, lebih menarik sambutan di dataran tersebut diteruskan dengan perarakan sebanyak 12 buah bot di Sungai Melaka.

Katanya, sebanyak 300 peserta dari Perbadanan Pembangunan Sungai Melaka (PPSPM) akan mengambil bahagian dalam acara itu yang akan dihadiri Yang di-Pertua Negeri, Tun Dr. Mohd Ali Mohd Rustam.

"Bot-bot di bawah PPSPM pertama kalinya akan berarak di sepanjang Sungai Melaka bermula dari Taman Rempah hingga ke Muara Sungai Melaka," katanya lagi.