PRK: Suhaizan terharu sokongan, kerjasama BN

Suhaizan (tiga dari kanan) bersama Onn Hafiz (dua dari kanan) ketika berkempen pada sebelah pagi.
Suhaizan (tiga dari kanan) bersama Onn Hafiz (dua dari kanan) ketika berkempen pada sebelah pagi.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Calon Pakatan Harapan (PH) di Parlimen Pulai, Suhaizan Kaiat terharu dengan sokongan dan kerjasama Barisan Nasional (BN) dalam membantunya berkempen dalam pilihan raya kecil (PRK) tersebut yang masuk hari kedua.

Naib Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Johor itu berkata, dalam tempoh yang singkat sahaja beliau telah diiringi melawat beberapa Pusat Daerah Mengundi (PDM) UMNO di Parlimen Pulai.

"Sambutan baik yang diterima daripada jentera BN membuatkan saya tidak merasa seperti orang asing malah dilayan dengan cukup baik.

"Secara peribadi, saya cukup terharu dengan sokongan kepimpinan UMNO baik di peringkat negeri, bahagian dan cawangan. Pagi tadi saya bersama Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi dan sebelah petang pula bersama Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Johor, Datuk Seri Ahmad Maslan.

"Sokongan yang diberikan itu membuktikan dengan jelas kerjasama PH-BN bukanlah omongan kosong, tetapi dibuktikan dan diterjemah dengan baik sekali. Mereka sanggup memberi saya ruang dan peluang untuk berada bersama pimpinan di PDM ini.

"Kalau tak ikhlas, mereka tidak akan beri ruang berjumpa dengan ahli cawangan UMNO yang membolehkan saya bermesra dan mengadakan hubungan baik di setiap cawangan, saya boleh beri penerangan secara terus kepada ahli UMNO mengenai kerjasama memenangkan kerusi Parlimen Pulai," ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat PDM Taman Bukit Kempas di sini pada Ahad dengan ditemani Ahmad dan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pulai, Datuk Ramli Bohani.

Sementara itu, Ramli berkata, terdapat beberapa cawangan UMNO Bahagian Pulai yang perlu diberi penjelasan mengenai pendirian parti yang memberikan sokongan kepada Suhaizan sebagai calon kerusi tersebut.

Suhaizan (kanan) ditemani Onn Hafiz (tengah) beramah mesra dengan orang ramai semasa berkempen di sebuah pasar di Johor Bahru, pada Ahad.
Suhaizan (kanan) ditemani Onn Hafiz (tengah) beramah mesra dengan orang ramai semasa berkempen di sebuah pasar di Johor Bahru, pada Ahad.

Katanya, UMNO Bahagian Pulai mahu terjemahkan kerjasama PH-BN ini dengan membantu Suhaizan yang juga bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor berkempen dengan jayanya.

Jelasnya, kerjasama kerajaan Perpaduan ini masih baharu dan setiap cawangan perlu mendapat gambaran serta penjelasan pucuk pimpinan secara jelas supaya dapat menggerakkan jentera bagi meraih sokongan membantu kemenangan kepada Suhaizan.

"Walaupun baru semalam selesai penamaan calon, hari ini kita sudah bergerak. Sehingga petang ini sahaja, ini adalah program keenam yang dianjurkan BN bersama calon sejak pagi tadi dengan 'walkabout', bergotong-royong selain berjumpa jentera di PDM.

"Ini menggambarkan bagaimana BN serius untuk membantu sahabat kita menang PRK ini. Kita tak tunggu lama, hari ini sahaja sudah sarat dengan pelbagai program dan sambutan akar umbi sangat meyakinkan," ujar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas itu.

Sebelum ini tular kain rentang yang digantung di sini tertulis 'Kami cawangan-cawangan UMNO Bahagian Pulai menolak calon Pakatan Harapan'.

Susulan itu, Ketua UMNO Bahagian Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, beliau akan berusaha keras bertemu ketua-ketua cawangan bahagian itu untuk memujuk mereka menyokong Suhaizan.

ARTIKEL BERKAITAN:

PRK: Suhu kempen masih suam, perang poster, bendera hambar

PRK: Pasang kain rentang untuk pecah belah perpaduan BN-PH

'Gelombang rakyat' dikatakan PN hanya temberang - Ahmad Maslan

PRK: Nazri fokus isu kebajikan veteran tentera

PRK Parlimen Pulai, DUN Simpang Jeram bermula hari ini

Pusat penamaan calon PRK Pulai, Simpang Jeram dibuka 9 pagi ini

PRK: Hampir 1,000 penyokong iringi calon PN

Ahmad Zahid, Hamzah iring calon PRK Pulai

PRK: Calon Bebas paling awal tiba di pusat penamaan calon Parlimen Pulai

PRK: Saingan tiga penjuru di Parlimen Pulai

Pusat penamaan calon PRK Pulai, Simpang Jeram ditutup 10 pagi

PRK: Lautan merah, biru penyokong penuhi pusat penamaan calon

PRK: Penyokong PH-BN laung reformasi, tolak PN, tolak rasuah

PRK: Proses penamaan calon terkawal, tiada provokasi

PRK: Saingan tiga penjuru di Parlimen Pulai