'Saya rasa kami tidak patut kalah'

Pearly (kanan) dan Thinaah terpaksa akur tersingkir di peringkat suku akhir Kejohanan Dunia di Copenhagen.
Pearly (kanan) dan Thinaah terpaksa akur tersingkir di peringkat suku akhir Kejohanan Dunia di Copenhagen.
A
A
A

PERASAAN kecewa dan sedih menyelubungi beregu wanita utama negara, Pearly Tan-M Thinaah selepas gagal melangkah ke pusingan separuh akhir Kejohanan Badminton Dunia 2023 di Copenhagen, Denmark.

Pearly Tan berkata, dia mengakui perlawanan itu seharusnya memihak kepada mereka sekiranya tidak melakukan kesilapan mudah sehingga tewas kepada pilihan keenam dari China, Zheng Shuxian-Zheng Yu.

"Kami sangat sedih kerana buat banyak kesilapan yang sama dan berulang.

Kami sentiasa mengingatkan satu sama lain untuk kekal tenang dan terus fokus ketika mendahului.

"Tetapi, sekali lagi selepas mendahului kami terburu-buru.

Saya tak tahu macam mana nak gambarkan tetapi saya marah kepada diri sendiri selepas kalah perlawanan ini.

"Saya rasa kami tidak patut kalah," katanya selepas perlawanan.

Dalam pada itu, Pearly mengakui kekalahan itu akan menjadi pengajaran berguna dan akan bangkit lebih kuat selepas ini.

"Sudah tentu kami akan pulang dan ambil apa yang berlaku ini sebagai pengajaran untuk kembali lebih kuat," katanya.

Pencapaian Pearly-Thinaah itu walaupun gagal melangkah separuh akhir boleh dibanggakan apabila mengulangi pencapaian mara ke suku akhir dilakukan dilakukan gandingan Amelia Anscelly-Soong Fie Cho pada edisi 2015.

Pada edisi 2022 di Tokyo, Jepun, Pearly-Thinaah tersingkir di pusingan ketiga selepas tumbang di tangan gandingan Jepun, Nami Matsuyama-Chiharu Shida.