PRK: Calon Bebas mahu jadi blok ketiga dalam Parlimen

Samsudin
Samsudin
A
A
A

JOHOR BAHRU - Calon Bebas, Samsudin Mohamad Fauzi, 47, tidak 'serik' bertanding lagi dalam pilihan raya walaupun tewas sebelum ini dan kali ini beliau cuba mengintai peluang untuk merampas kerusi Parlimen Pulai pada 9 September ini.

Beliau yang juga Yang Dipertua Persatuan Keselamatan Pengguna Kuala Lumpur (PKPKL) berkata, walaupun sedar peluangnya amat tipis, namun tetap mahu suara yang dibawakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu didengari.

"Saya pernah bertanding di Parlimen Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), saya tidak serik untuk bertanding lagi walaupun berkemungkinan tinggi akan hilang deposit.

"Saya mahu bertanding selepas melihat lebih banyak perebutan kedudukan berlaku berbanding perjuangan isu rakyat selepas berakhirnya PRU15," katanya.

Tambah beliau, sudah sampai masanya wujudkan blok ketiga dalam Parlimen untuk membawa suara rakyat.

"Isu perebutan kerusi dan isu rakyat sekarang semakin ke belakang, saya rasa perlu ada blok ketiga iaitu daripada pihak NGO dalam Parlimen," katanya.

Samsudin yang menggunakan logo kunci itu akan berdepan saingan Naib Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Johor, Suhaizan Kaiat dan Timbalan Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Zulkifli Jaafar.

Samsudin berkata, setiap calon ada kelebihan masing-masing tetapi beliau bertanding kerana mahu membawa isu antaranya membabitkan pemotongan gaji kakitangan awam oleh syarikat peminjam wang tidak berlesen.

"Saya telah melawan kes tersebut sejak 2017 sehingga sekarang di mahkamah dan isu-isu pemberi pinjaman tidak terkawal sehingga membebankan rakyat dan juga isu harga barang semakin naik.

"Walaupun kami telah beritahu kerajaan banyak kali tetapi suara NGO tidak berapa didengari, kita juga akan fokus pada isu rakyat," katanya yang mempunyai kekuatan jentera seramai 10 orang.

ARTIKEL BERKAITAN:

PRK Parlimen Pulai, DUN Simpang Jeram bermula hari ini

Pusat penamaan calon PRK Pulai, Simpang Jeram dibuka 9 pagi ini

PRK: Hampir 1,000 penyokong iringi calon PN

Ahmad Zahid, Hamzah iring calon PRK Pulai

PRK: Calon Bebas paling awal tiba di pusat penamaan calon Parlimen Pulai

PRK: Saingan tiga penjuru di Parlimen Pulai

Pusat penamaan calon PRK Pulai, Simpang Jeram ditutup 10 pagi

PRK: Lautan merah, biru penyokong penuhi pusat penamaan calon

PRK: Penyokong PH-BN laung reformasi, tolak PN, tolak rasuah

PRK: Proses penamaan calon terkawal, tiada provokasi

PRK: Saingan tiga penjuru di Parlimen Pulai

PRK: Saingan tiga penjuru di DUN Simpang Jeram