Suspek kes bunuh pemandu teksi direman

Mazli (kanan) ketika ditemui pemberita ketika meninjau proses pengundian di Kuala Nerus pada Sabtu.
Mazli (kanan) ketika ditemui pemberita ketika meninjau proses pengundian di Kuala Nerus pada Sabtu.
A
A
A

KUALA NERUS - Seorang lelaki direman selama tujuh hari bermula Jumaat bagi membantu siasatan kes bunuh melibatkan seorang pemandu teksi dalam kejadian berhampiran Klinik Kesihatan Seberang Takir, di sini pada malam Khamis.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mazli Mazlan berkata, suspek berusia 29 tahun itu telah ditangkap ketika malam kejadian dan kini ditahan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki ditemui mati dengan kesan cedera dalam teksi

Waris pemandu teksi minta henti sebar gambar, video

"Suspek mengalami kecederaan pada badan di mana terdapat tusukan tajam mengenai tulang belikat sehingga hampir menyentuh paru-paru selain terdapat kesan kelaran pada bahu sebelah kiri.

"Memandangkan suspek dalam keadaan lemah, siasatan masih belum dapat dijalankan buat masa ini dan berada bawah kawalan pihak polis di hospital.

"Setakat ini kita masih belum dapat kenal pasti punca kematian mangsa dan kecederaan pada suspek," katanya ketika ditemui pemberita selepas meninjau proses pengundian di sini, pada Sabtu.

Sebelum ini media melaporkan seorang pemandu lelaki, Mohd Latif Idris, 51 ditemukan meninggal dunia dengan kesan kecederaan pada badan di tempat duduk penumpang belakang dalam teksi yang dipandunya.

Artikel Berkaitan:

Allahyarham Mohd Latif meninggalkan balu, Noor Azlina Ramli, 41 serta dua cahaya mata iaitu Muhammad Nasha Fikri, 20 yang menuntut di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Eliy Syazwani, 16.

Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kubang Parit pada Jumaat.