Otavio perkuatkan tengah Al-Nassr

Otavio
Otavio
A
A
A

PEMAIN tengah Portugal, Otavio menyertai Al-Nassr dari kelab Liga Portugal, FC Porto, kata kelab Liga Pro Saudi pada Rabu.

Kelab itu tidak mendedahkan bayaran perpindahan, tetapi media tempatan melaporkan ia adalah 60 juta Euro.

Otavio, 28, menjaringkan 31 gol dalam 283 perlawanan dalam semua pertandingan untuk Porto selepas menyertai pasukan itu pada 2014.

“Kami secara rasmi menandatangani bintang Portugal Otavio. Selamat Datang ke Pemain Terbaik Liga Portugal,” tulis Al-Nassr di platform media sosialnya.

Otavio menyertai skuad Al-Nassr yang turut merangkumi Cristiano Ronaldo, Sadio Mane, Marcelo Brozovic, Alex Telles dan Seko Fofana.

Armada Luis Castro telah membuat permulaan yang buruk untuk musim Liga Pro Suadi apabila tewas kedua-dua perlawanan pembukaan mereka.

Sebagai rekod, Dana Pelaburan Awam Saudi (PIF) telah mengumumkan Projek Pelaburan dan Penswastaan ​Kelab Sukan yang melibatkan juara liga Al-Ittihad, Al-Ahli, Al-Nassr dan Al-Hilal.

PIF memiliki 75 peratus daripada setiap empat kelab, manakala yayasan bukan berteras keuntungan masing-masing memiliki 25 peratus daripada setiap kelab.

Artikel Berkaitan: