Bekalan air pulih di 57 kawasan

Anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) turut membantu menyalurkan bantuan air kepada penduduk Perdana Villa Klang yang terputus bekalan masuk hari keenam akibat paip pecah di tapak projek pembinaan Lebuhraya WCE Banting - Taiping pecah.
Anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) turut membantu menyalurkan bantuan air kepada penduduk Perdana Villa Klang yang terputus bekalan masuk hari keenam akibat paip pecah di tapak projek pembinaan Lebuhraya WCE Banting - Taiping pecah.
A
A
A

SHAH ALAM - Hampir 87 peratus atau kira-kira 57 lokasi daripada keseluruhan 65 kawasan yang terjejas akibat gangguan bekalan air di sekitar Klang, kembali menerima bekalan itu sehingga jam 9 malam tadi.

Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan dan Komunikasi Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), Abdul Raof Ahmad berkata, pemulihan bekalan mencatatkan perkembangan positif.

“Kami ingin maklumkan bahawa sehingga jam 9 malam tadi bekalan air di 87 peratus kawasan daripada jumlah keseluruhan 65 kawasan yang terjejas sudah kembali pulih.

Abdul Raof Ahmad
Abdul Raof Ahmad

"Kami sedang mempertingkatkan usaha bagi menstabilkan tekanan di sistem agihan dan mempercepatkan pemulihan bekalan air di kesemua kawasan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, bantuan lori tangki masih digerakkan ke kawasan yang masih belum pulih dan Air Selangor akan mengemaskini status pemulihan bekalan dari semasa ke semasa.

“Kami ingin nasihatkan pelanggan di kawasan yang sudah pulih supaya menggunakan air dengan berhemat bagi membantu mempercepatkan proses pemulihan bekalan ke semua kawasan

Terdahulu, 65 kawasan di daerah Klang mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual selepas tiga paip utama di tapak projek pembinaan Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) Banting - Taiping pecah sejak Sabtu lalu.

Artikel Berkaitan: