Keunikan kedai runcit mini dalam bas

A
A
A
Mohd Luqman Hakim Mohd Sofri, 19, menjalankan peniagaan kedai runcit di dalam sebuah bas yang telah diubai suai oleh bapanya ketika ditemui Bernama di Kampung Tanjong Katong.

Menurut Mohd Sofri Jusoh, 49, idea tersebut tercetus hasil perkongsian idea beliau bersama abangnya Mohd Fauzi, 63, yang juga pemilik kenderaan berkenaan.



Asalnya ia adalah sebuah bas sekolah jenis Ford yang telah uzur dan tidak dapat digunakan lagi. Hasil daripada idea itu kami sependapat untuk ubah suainya menjadi kedai runcit mini daripada membiarkan ia terbiar begitu sahaja.



Selepas diberi beberapa 'sentuhan' baharu termasuk semburan cat pada bas, ia tampil dengan wajah berbeza dan unik, menarik perhatian orang awam yang lalu lalang untuk singgah ke kedai kami.



Keunikan kedai runcit mininya itu ternyata mendapat sambutan menggalakkan terutama daripada masyarakat sekitar kampung berkenaan selain daripada pekerja sebuah kilang berdekatan.

Artikel Berkaitan: