Tarik ahli Umno masuk Pas

Pas
Pas
A
A
A

KUALA NERUS - Ahli Pas digesa bekerja keras menarik ahli Umno memasuki parti itu ketika pimpinan mereka sudah mula berpaling tadah.

Setiausaha Pas Terengganu, Muhyiddin Abd Rashid turut menyeru agar segala sentimen lama diketepikan.

"Seorang demi seorang ahli Parlimen Umno meninggalkan Umno tetapi tidak ahli-ahli mereka di kampung-kampung.

“Peluang ini perlu diambil segera dengan kerja yang bersungguh-sungguh dengan sentimen lama perlu diketepikan," katanya ketika merasmikan Kursus Pengurusan Pas Terengganu lapor Buletin Online.

Mengulas lanjut, menurut Muhyiddin usaha ini penting bagi memastikan Bersatu tidak sekuat Umno.

"Kemungkinan akan datang kita akan berlawan dengan Bersatu dalam pilihan raya

"Sebab itu kita kena tambah ahli kita tubuh cawangan baru supaya Bersatu nanti tak kuat macam Umno dulu," katanya.

Artikel Berkaitan: