Dua maut nahas libatkan tiga kenderaan

Keadaan tiga kenderaan yang terbabit kemalangan di Jalan Temerloh-Jerantut berhampiran Kampung Tebing Tinggi yang meragut dua nyawa. - FOTO: IHSAN BOMBA
Keadaan tiga kenderaan yang terbabit kemalangan di Jalan Temerloh-Jerantut berhampiran Kampung Tebing Tinggi yang meragut dua nyawa. - FOTO: IHSAN BOMBA
A
A
A

JERANTUT- Dua maut manakala tiga lagi parah dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di Jalan Temerloh-Jerantut dekat Kampung Tebing Tinggi di sini, hari ini.

Kemalangan kira-kira jam 1 petang itu melibatkan kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Proton Exora, kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubushi Triton dan Perodua Axia.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jerantut, Mohamad Zulkifli Mohamad Zainal berkata, mangsa, seorang lelaki dan wanita yang menaiki Mitsubishi Triton dan Proton Exora dipercayai tercampak keluar dan meninggal dunia di tempat kejadian.

No Image Caption

Menurutnya, pemandu dan dua penumpang Perodua Axia yang cedera parah berjaya dikeluarkan dengan bantuan anggota bomba selepas tersepit dalam kenderaan tersebut.

“Pihak bomba menerima panggilan berhubung kejadian jam 1.05 petang sebelum sembilan anggota termasuk seorang pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Jerantut ke lokasi untuk bantuan menyelamat mangsa terlibat.

“Difahamkan punca kemalangan adalah disebabkan salah sebuah kenderaan terlibat gagal memotong dan bertembung dengan dua kenderaan lain dari arah bertentangan,” katanya.

Artikel Berkaitan: