'Arwah Johari anggap pekerja seperti keluarga sendiri'

Laporan Sinar Harian pada Jumaat. Gambar kecil: Johar
Laporan Sinar Harian pada Jumaat. Gambar kecil: Johar
A
A
A

AMPANG - Exco kerajaan Pahang, Allahyarham Datuk Seri Johari Harun yang maut dalam nahas pesawat jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1) merupakan seorang pemurah dan melayan pekerjanya seperti keluarga.

Bekas pemandu peribadi Allahyarham, Johar Ismail, 56, berkata, walaupun tidak lagi bekerja dengan arwah, namun mereka masih berhubung dan saling bertanya khabar.

Menurutnya, arwah juga seorang yang tidak berkira soal duit apabila sentiasa menghulur duit belanja setiap kali mereka bertemu.

"Saya bekerja dengan arwah sejak 2010, namun terpaksa berhenti kerja susulan perlu menjaga isteri yang sakit.

"Sejak itu, saya menetap di Maran, Pahang namun arwah sentiasa ambil berat dan menelefon bertanya khabar. Kalau tak ada duit dia selalu bagi," katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Johar yang ditemui di rumah keluarga arwah di Ampang memaklumkan terkejut dengan insiden menimpa bekas majikannya itu yang diketahui daripada anak saudaranya.

"Sebaik tahu kejadian, saya terus bergerak dari Maran untuk menziarahi arwah dan sudah dua hari berada di sini.

"Disebabkan urusan pengecaman mangsa dijangka selesai Isnin jadi ambil keputusan pulang dulu ke Maran dan akan datang semula kemudian," katanya.

Artikel Berkaitan:

Bercerita pengalaman bersama Allahyarham, Johar berkata, terlalu banyak pengalaman indah sepanjang 12 tahun dia berkhidmat dengan arwah yang disifatkan seorang yang berpewatakan tegas namun penuh dengan kelembutan.

"Pengalaman indah yang paling tidak mungkin dilupakan ketika menaiki helikopter bersama arwah ketika menghadiri majlis kahwin seorang kenalan di Perak.

"Telah beberapa kali arwah ajak naik helikopter sebelum ini, namun ajakan tersebut ditolak secara baik susulan saya takut dengan ketinggian," katanya.

Pada Khamis, seramai 10 individu maut dalam insiden pesawat ringan terhempas di Elmina, Seksyen U16 jam 2.48 petang.

Mereka yang maut terdiri dua kru pesawat, enam penumpang termasuk Johari serta dua orang awam di darat.

ARTIKEL BERKAITAN

Nahas Elmina: Enam mayat ditemui, lima daripadanya tak sempurna

Nahas Elmina: Salah satu komponen kotak hitam ditemui - Polis

Nahas terlalu mendadak mungkin punca tiada isyarat 'mayday' - Pakar

Nahas Elmina: Perlukan masa untuk kenal pasti identiti mayat

Nahas Elmina: Enam mayat ditemui, lima daripadanya tak sempurna

Nahas Elmina: Tragedi pesawat kedua di Elmina selepas 46 tahun

Nahas Elmina: Adik sayang mama, ucapan terakhir juruterbang

'Abang saya anak peneroka, bukan anak Jamaluddin Jarjis'

Saya bukan antara mangsa nahas di Elmina, kata anak Jamaluddin Jarjis

Nahas Elmina: Syarikat pengendali pesawat berdaftar, ada lesen

Nahas Elmina: Operasi cari komponen kotak hitam FDR diteruskan

Nahas Elmina: Suami pesan kebumikan di kampung halaman