Lapan maut serangan bom di Baghdad

Pasukan keselamatan Iraq dan orang awam berkumpul di lokasi serangan bom bunuh diri di Baghdad semalam. - FOTO AP
Pasukan keselamatan Iraq dan orang awam berkumpul di lokasi serangan bom bunuh diri di Baghdad semalam. - FOTO AP
A
A
A

BAGHDAD - Sekurang-kurangnya lapan maut manakala 15 yang lain cedera dalam serangan bom bunuh diri di sebuah pasar di timur Baghdad semalam, kata pegawai keselamatan.

"Seorang pengebom berani mati meletupkan diri berhampiran gerai di pasar Jamila yang penuh sesak," kata pegawai kanan polis yang enggan namanya dikenali.

Serangan dilaporkan berlaku kira-kira jam 9.00 malam (waktu tempatan) ketika kebanyakan penduduk Iraq selesai berbuka puasa dan mengunjungi pasar itu.

Sumber perubatan mengesahkan Hospital al-Kindi yang terletak berhampiran menerima lapan mayat mangsa ekoran insiden serangan terbabit.

Setakat ini tiada pihak tampil mengaku bertanggungjawab terhadap serangan. - AFP

Artikel Berkaitan: