Galak premis kibar Jalur Gemilang, hayati erti merdeka

Warga MBPJ bergambar berlatar belakang Jalur Gemilang gergasi yang dipasang di bangunan MBPJ sempena Bulan Kemerdekaan.
Warga MBPJ bergambar berlatar belakang Jalur Gemilang gergasi yang dipasang di bangunan MBPJ sempena Bulan Kemerdekaan.
A
A
A

PETALING JAYA - Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) mengedarkan surat pemakluman kepada lebih 10,000 premis perniagaan untuk mengibarkan Jalur Gemilang sejak hujung Julai lalu.

Datuk Bandar Petaling Jaya, Mohamad Azhan Md Amir berkata, beliau mahu Petaling Jaya diwarnai Jalur Gemilang sebagai simbolik kasih sayang kepada negara.

Menurutnya, dua Jalur Gemilang gergasi berukuran 40x160 kaki persegi turut dipasang di bangunan MBPJ sempena bulan kemerdekaan.

"Laman MBPJ dan jalan protokol turut dihiasi bendera selain Jalur Gemilang diedarkan di beberapa kawasan sempena bulan kemerdekaan.

"Saya berharap rakyat bersama-sama menghayati erti kemerdekaan supaya dapat mengekalkan keamanan dan keharmonian negara pada masa akan datang," katanya pada program Semarak Jalur Gemilang di sini pada Jumaat.

Tambahnya, MBPJ bakal menganjurkan pertandingan Keceriaan Komuniti Merdeka 2023 dan Pertandingan Kibar Jalur Gemilang yang menawarkan hadiah lebih RM4, 000 sempena bulan kemerdekaan.

Ujarnya, program sama dilaksanakan sejak tahun lepas dan mendapat sambutan menggalakkan.

Artikel Berkaitan: