Api marak di pesawat padam dalam tempoh enam minit - JBPM

Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berusaha memadam kebakaran di lokasi kejadian pesawat terhempas di Elmina Shah Alam pada Khamis.
Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berusaha memadam kebakaran di lokasi kejadian pesawat terhempas di Elmina Shah Alam pada Khamis.
A
A
A

SEPANG - Api marak di pesawat yang terhempas di Lebuhraya Guthrie berhampiran Elmina, Shah Alam pada Khamis berjaya dipadamkan dalam tempoh enam minit, kata Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Ketua Pengarah JBPM, Datuk Abdul Wahab Mat Yasin berkata, sebuah jentera JBPM yang kebetulan berada di kawasan berdekatan telah bergegas ke lokasi kejadian, dan pihaknya telah berada di lokasi kejadian 10 minit selepas mendapat panggilan pada jam 2.55 petang.

"Kebetulan sebuah jentera kita dalam perjalanan ke balai selepas melakukan operasi menyelamat orang sesat di lokasi lain dan kebetulan berada berhampiran tempat kejadian dan terus ke situ untuk operasi menyelamat,” katanya dan ia telah memendekkan tempoh respons ke tempat kejadian.

Beliau berkata, seramai 53 anggota dari Balai Bomba Sungai Buloh dan Balai Bomba Kota Anggerik di Shah Alam telah dikejarkan ke lokasi selain bantuan daripada bomba sukarela Saujana Utama.

Ditemui Bernama selepas menyambut kepulangan Ekspedisi Simulasi Menyelamat di Altitud Tinggi di Mardi Himal, Nepal di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini, Abdul Wahab berkata, JBPM memulakan kerja-kerja pembersihan tumpahan minyak di jalan dan juga serpihan pesawat pagi ini.

Pada masa sama, katanya, usaha mencari cebisan mayat yang berkemungkinan masih berada di bawah serpihan pesawat masih diteruskan.

"Pasukan kami masih berasa di lokasi sejak semalam dan kami akan memulakan kerja pembersihan termasuk minyak yang tumpah di jalan raya dan serpihan pesawat pagi ini,” katanya.

10 individu termasuk Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Pahang Datuk Seri Johari Harun terkorban setelah pesawat Beechcraft Model 390 (Premier 1) yang dalam penerbangan dari Langkawi ke Subang itu terhempas.

Lapan yang maut adalah enam penumpang dan dua kru pesawat ringan itu, manakala dua lagi merupakan orang awam masing-masing penunggang motosikal dan pemandu kereta yang lalu di tempat kejadian. - Bernama

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN

Nahas Elmina: Enam mayat ditemui, lima daripadanya tak sempurna

Nahas Elmina: Salah satu komponen kotak hitam ditemui - Polis

Nahas terlalu mendadak mungkin punca tiada isyarat 'mayday' - Pakar

Nahas Elmina: Perlukan masa untuk kenal pasti identiti mayat

Nahas Elmina: Enam mayat ditemui, lima daripadanya tak sempurna

Nahas Elmina: Tragedi pesawat kedua di Elmina selepas 46 tahun

Nahas Elmina: Adik sayang mama, ucapan terakhir juruterbang

'Abang saya anak peneroka, bukan anak Jamaluddin Jarjis'

Saya bukan antara mangsa nahas di Elmina, kata anak Jamaluddin Jarjis

Nahas Elmina: Syarikat pengendali pesawat berdaftar, ada lesen

Nahas Elmina: Operasi cari komponen kotak hitam FDR diteruskan

Nahas Elmina: Suami pesan kebumikan di kampung halaman

Nahas Elmina: Operasi di lokasi nahas pesawat disambung pagi ini