Sampel DNA 22 waris diperoleh untuk proses pemadanan mayat

Operasi penyiasatan hari kedua diteruskan pada Jumaat di lokasi kejadian. FOTO: SINAR HARIAN/ ROSLI TALIB
Operasi penyiasatan hari kedua diteruskan pada Jumaat di lokasi kejadian. FOTO: SINAR HARIAN/ ROSLI TALIB
A
A
A

SHAH ALAM - Polis sudah mengambil sampel asid deoksiribonukleik (DNA) daripada 22 waris untuk melaksanakan proses pemadanan dengan 10 mayat mangsa yang ditemui di lokasi kejadian pesawat terhempas di Elmina Seksyen U16, di sini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Hussain berkata, proses pemadanan DNA akan dibuat di lokasi bedah siasat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang pada pada Jumaat.

Menurut beliau, setakat ini mengesahkan menemui satu mayat lengkap manakala sembilan lagi mayat tidak dilengkap.

"Kita masih menunggu laporan bedah siasat dan selepas hasil pemadanan DNA baru boleh ketahui jumlah sebenar mangsa terlibat yang setakat ini disahkan seramai 10 orang.

"Setakat ini kita dapat kumpulkan 15 sisa mayat tidak lengkap terdiri daripada badan, kepala, tangan dan kaki dan jika proses bedah siasat selesai jenazah akan diserahkan kepada waris untuk diuruskan hari ini, " katanya pada sidang akhbar di lokasi kejadian pada Jumaat.

Turut hadir Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan.

Razarudin berkata, sebanyak 21 barangan peribadi mangsa turut ditemui dilokasi kejadian.

"Setakat ini 95 peratus operasi mencari telah selesai dan kerja-kerja akhir mencari saki baki serpihan bangkai pesawat dan sisa mayat masih berjalan dan dijangka selesai hari ini meliputi kawasan seluas 11,000 kaki persegi," jelasnya.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu hasil dapatan Biro Kemalangan Udara (BSKU) mengesahkan pesawat ringan berkenaan hanya mempunyai satu komponen kotak hitam iaitu rakaman suara kokpit (CVR)

"Jadi pesawat ini hanya ada satu sahaja kotak hitam jenis CVR, dan ianya sudah ditemui semalam, bukan dua seperti yang kita jangka sebelum ini," kata Razarudin.

Tambahnya, pihak turut menolak dakwaan bahawa mangsa iaitu pemandu e-hailing membawa penumpang ketika kejadian.

"Hasil semakan mangsa tidak mengambil penumpang sejak jam 2 petang hari kejadian," jelasnya.

Seramai 10 mangsa disahkan terkorban dalam nahas pesawat jenis jet peribadi itu. Mangsa terdiri daripada lapan penumpang dan kru pesawat, selain dua orang awam iaitu penunggang motosikal dan pemandu kereta yang kebetulan berada di lokasi nahas.

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengesahkan tidak menerima sebarang panggilan kecemasan atau 'Mayday'.

Pesawat berkenaan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi pada jam 2.08 petang dan mendapat kebenaran untuk mendarat Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, namun terhempas dua minit sebelum mendarat.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke dilapor berkata, berdasarkan pengamatan awal, pesawat berkenaan didapati melencong ke sebelah kanan daripada laluan pendaratan.

ARTIKEL BERKAITAN

Nahas Elmina: Enam mayat ditemui, lima daripadanya tak sempurna

Nahas Elmina: Salah satu komponen kotak hitam ditemui - Polis

Nahas terlalu mendadak mungkin punca tiada isyarat 'mayday' - Pakar

Nahas Elmina: Perlukan masa untuk kenal pasti identiti mayat

Nahas Elmina: Enam mayat ditemui, lima daripadanya tak sempurna

Nahas Elmina: Tragedi pesawat kedua di Elmina selepas 46 tahun

Nahas Elmina: Adik sayang mama, ucapan terakhir juruterbang

'Abang saya anak peneroka, bukan anak Jamaluddin Jarjis'

Saya bukan antara mangsa nahas di Elmina, kata anak Jamaluddin Jarjis

Nahas Elmina: Syarikat pengendali pesawat berdaftar, ada lesen

Nahas Elmina: Operasi cari komponen kotak hitam FDR diteruskan

Nahas Elmina: Suami pesan kebumikan di kampung halaman

Nahas Elmina: Operasi di lokasi nahas pesawat disambung pagi ini