Messi teruja mahu rangkul trofi

Messi. Foto EPA
Messi. Foto EPA
A
A
A

BINTANG sensasi, Lionel Messi teruja untuk membantu Inter Miami memburu gelaran pertama menjuarai Leagues Cup menentang Nashville SC pada Sabtu.

"Pasti cukup istimewa dan menakjubkan kepada saya serta kelab. Memenangi gelaran banyak membantu," ujar Messi.

Miami ditubuhkan oleh sekumpulan pelabur diketuai bekas kapten England, David Beckham pada 2018.

Kelab tersebut menjadi tajuk akhbar seluruh dunia bulan lalu selepas menandatangani kapten Argentina itu dari Paris St Germain.

Messi pantas mencipta impak ke atas pasukan tercorot Liga Bolasepak Utama (MLS) itu apabila meledak gol kesembilannya dalam enam perlawanan ketika membelasah Philadelphia Union 4-1 untuk mara ke final Leagues Cup pada Rabu.

"Kelab ini sangat muda dan meraih gelaran pertama pastinya sangat istimewa kepada semua orang," ujar Messi.

Messi akan mengetuai skuadnya pada final menentang Nashville SC Sabtu ini.

"Ketika kemaraan kami dianggap mengejutkan, kami bersedia dan berjuang untuk itu," katanya.

Artikel Berkaitan:

Inter Miami yang melantik pengendali Argentina Gerardo "Tata" Martino sebagai jurulatih bulan lalu.

Kelab itu menandatangani bekas rakan sepasukan Messi di Barcelona Jordi Alba dan Sergio Busquets layak ke Liga Juara-Juara Concacaf susulan kejayaan di Leagues Cup.

"Prestasi pasukan semakin meningkat sejak kedatangan Tata. Kami sangat gembira mencapai misi beraksi di Liga Juara-Juara Concacaf tahun depan dan mara ke final," kata Messi.

Tiga kelab terbaik Leagues Cup meraih tiket ke Liga Juara-Juara Concacaf dan juara layak automatik ke pusingan 16.