Mat Sabu terima kunjungan hormat Duta Besar Republik Uzbekistan

Mohamad (tiga dari kiri) menerima kunjungan hormat daripada delegasi Duta Besar Republik Uzbekistan, Ravshan Usmanov pada Selasa.
Mohamad (tiga dari kiri) menerima kunjungan hormat daripada delegasi Duta Besar Republik Uzbekistan, Ravshan Usmanov pada Selasa.
A
A
A

SHAH ALAM - Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu menerima kunjungan hormat Duta Besar Republik Uzbekistan, Ravshan Usmanov pada Selasa.

Menurut kenyataan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), pertemuan itu membincangkan cadangan Uzbekistan Center of Knowledge and Innovation in Agriculture untuk menandatangani memorandum persefahaman (MoU) kerjasama dengan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI).

"Cadangan tersebut dibuat bagi tujuan penyelidikan dan pembangunan (R&D) terutamanya berkaitan beras, hortikultur serta baja.

“Bukan itu sahaja, pertemuan itu turut membicarakan usaha kedua-dua negara untuk memperkukuhkan kerjasama dua hala dalam bidang pertanian terutamanya bagi menjamin sumber bekalan makanan yang stabil dan berkualiti.

“Agenda perbincangan juga menjurus kepada prospek akses pasaran baharu barangan pertanian seperti produk tambah nilai daripada daging ayam dan daging lembu termasuk sarang burung,” menurut kenyataan itu.

Pada masa sama, Mohamad turut menerima undangan daripada Menteri Pertanian Uzbekistan untuk menghadiri International Conference on Food Security (ICFS) yang dijadualkan pada September depan di Samarkand, Uzbekistan.

Artikel Berkaitan: