Wanita mati dipijak gajah cedera di dada

Seorang wanita Orang Asli dilaporkan maut dipijak gajah di Kampung Bal, Rancangan Penempatan Semula (RPS) Kemar di sini.
Seorang wanita Orang Asli dilaporkan maut dipijak gajah di Kampung Bal, Rancangan Penempatan Semula (RPS) Kemar di sini.
A
A
A

GERIK - Seorang wanita Orang Asli yang dilaporkan maut dipijak gajah di Kampung Bal, Rancangan Penempatan Semula (RPS) Kemar di sini, disahkan mengalami kecederaan parah di dada.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintenden Zulkifli Mahmood berkata, hasil bedah siasat mendapati punca kematian warga emas berusia 63 tahun itu disebabkan 'blunt force trauma to the chest'.

"Laporan kejadian diterima sekitar jam 5.30 petang Ahad dan mangsa dibawa ke Klinik Kesihatan RPS Kemar sebelum disahkan meninggal dunia.

"Hasil siasatan mendapati mangsa pergi ke kebun untuk mengutip durian.

Mangsa dipercayai terserempak dan dipijak oleh seekor gajah," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Isnin.

Menurut beliau, mayat mangsa telah diserahkan kepada ahli keluarga untuk urusan pengebumian selepas hasil bedah siasat selesai dijalankan di Hospital Gerik di sini.

Tambah Zulkifli, penduduk dinasihatkan lebih berhati-hati ketika menjalankan aktiviti pertanian dan memaklumkan kepada pihak berkuasa sekiranya terdapat maklumat kehadiran haiwan liar.

Sinar Harian melaporkan mangsa dikenali sebagai Zaitun ditemukan penduduk dalam keadaan parah di belakang rumahnya dipercayai dipijak seekor gajah liar pada Ahad.

Artikel Berkaitan:

Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan berhampiran.