Pekerja sambilan juga perlu dilindungi Perkeso

Kula Segaran pada sidang media, hari ini.
Kula Segaran pada sidang media, hari ini.
A
A
A
IPOH - Kementerian Sumber Manusia mahu setiap kakitangan termasuk pekerja sambilan mengingatkan majikan masing-masing untuk melakukan caruman Perkeso.

Menterinya, M Kula Segaran berkata, langkah itu adalah satu tuntutan yang perlu dilakukan majikan bagi memastikan pekerja mereka dilindungi sekiranya berlaku kemalangan ketika bekerja.

Menurutnya, mana-mana majikan yang gagal mendaftar perusahaan dan pekerja, tindakan boleh diambil mengikut Seksyen 93 Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4).

"Semua majikan mesti mendaftar dan dengan itu semua pekerja akan dilindungi kerana skim Perkeso mernagkumi semua rakyat. Jika kita panggil orang potong rumput pun, dia mesti dilindungi kerana melakukan kerja part time, bukan hanya full time.

"Jadi kita amat galakkan orang awam kenal pasti mereka yang layak terima faedah daripada Perkeso, jadi mana-mana majikan yang gagal mendaftar, tindakan boleh diambil dibawah peruntukan undang-undang sedia ada," katanya

Beliau berkata demikian selepas menyerahkan cek faedah pengurusan mayat kepada enam waris mangsa kebakaran sebuah rumah kedai di Jelapang Maju, Selasa lalu.

Majlis yang berlangsung di RPT Kampung Sri Aman itu turut dihadiri Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu bersama isteri, Datin Seri Nomee Ashikin Mohammed Radzi.

Menurutnya, kementerian kini sedang menimbang untuk mengambil tindakan susulan dibawah Akta Perkeso terhadap syarikat yang terlibat dalam kebakaran, 11 Disember lalu.

"Kejadian yang berpunca daripada letupan mercun itu boleh dielak sekiranya ciri keselamatan dititikberatkan, apatah lagi pekerja sambilan yang terlibat adalah di bawah usia 16 tahun.
Artikel Berkaitan:


"Dibawah akta baru yang kita gubal iaitu Akta Kanak-kanak dan Orang Muda (Pekerjaan) 1966 ada menyatakan seseorang yang berusia 16 tahun ke bawah tidak dibenarkan bekerja," katanya.

Kula Segaran berkata, akta itu sudah diluluskan di Dewan Rakyat dan hanya menunggu kelulusan Dewan Negara dijangka pada 19 Disember ini.

Dalam pada itu, pada majlis berkenaan. setiap waris menerima RM2,000 daripada Perkeso sementara kerajaan negeri menyampaikan sumbangan keseluruhan berjumlah RM12,000.