Kemenangan besar Jeneri, penolakan kepada gabungan PH-BN - Sanusi

Kedua-dua calon Pas, Ahmad Sulaiman dan Muhammad Sanusi (kiri) ketika diumumkan menang kerusi DUN Belantek dan DUN Jeneri pada PRN Kedah.
Kedua-dua calon Pas, Ahmad Sulaiman dan Muhammad Sanusi (kiri) ketika diumumkan menang kerusi DUN Belantek dan DUN Jeneri pada PRN Kedah.
A
A
A

SIK - Kemenangan besar dengan majoriti lebih 16,000 bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeneri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Kedah menunjukkan tanda berlaku penolakan terhadap gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) di negeri itu.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, kemenangan yang berpihak kepada beliau itu turut memberi maksud bahawa berlaku gelombang terhadap penolakan itu.

"Saya rasa orang BN pun menolak PH dan BN, saya tak jangka dapat undi sebanyak tu, majoriti pun besar, saya dapati ada juga penyokong BN yang tidak keluar mengundi.

"Rakan saya (pencabar) Datuk Muhamad Khizri Abu Kassim (calon BN N24) ni jadi mangsa percaturan pimpinan parti yang telah menggabungkan PH- BN, tu (sebab) kebanyakan pengundi menolak dia...Inilah manifestasi daripada gabungan itu yang tidak direstui ahli-ahli," katanya.

Beliau berkata demikian sebaik diumumkan mempertahankan kerusi DUN Jeneri di Pusat Penjumlahan Undi Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sik pada Sabtu.

Pada PRN kali ini, Sanusi mewakili Pas-PN menang dengan majoriti 16,050 undi dan jumlah undi diperolehi sebanyak 21,823 undi.

Calon BN bagi kerusi itu, Muhamad Khizri memperolehi sebanyak 5,773 undi.

Sementara itu, Ketua Pengarah Pilihan Raya PN itu berkata, majoriti kemenangan kali ini adalah lebih besar berbanding PRU14 di mana ketika itu hanya memperolehi majoriti sebanyak 2,455 undi.

Artikel Berkaitan:

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) Sanusi menang dengan majoriti 2,455 undi dengan undian diperolehi sebanyak 10,626 undi mengalahkan tiga calon lain Mahadzir Abdul Hamid (BN) dengan 8,171 undi dan Mohd Nazri Abu Hassan (PKR) dengan 4,146 undi.

Ikuti maklumat terkini Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri di sini!