PH-BN dahului 24 kerusi, PN 14 di Selangor

PH-BN mendahului di 24 kerusi DUN pada Selangor. - Foto Bernama
PH-BN mendahului di 24 kerusi DUN pada Selangor. - Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) mendahului di 24 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri PRN (Selangor).

Sehingga jam 10.50 malam, PH-BN secara rasmi memenangi 24 kerusi berbanding Perikatan Nasional (PN) yang mendapat 14 kerusi.

PH-BN menang di DUN Sungai Air Tawar, Sekinchan, Kuala Kubu Baharu, Taman Templer, Sungai Tua, Bukit Antarabangsa, Lembah Jaya, Pandan Indah dan Teratai.

DUN lain yang turut dimenangi PH-BN ialah di Seri Kembangan, Seri Serdang, Kinrara, Subang Jaya, Bukit Gasing, Kampung Tunku, Bandar Utama, Meru, Bandar Baru Klang, Pelabuhan Klang, Pandamaran, Sentosa, Banting, Tanjong Sepat dan Sungai Pelek.

PN memenangi 14 kerusi iaitu di Sabak, Sungai Panjang, Hulu Bernam, Sungai Burong, Permatang, Bukit Melawati, Ijok, Jeram, Hulu Kelang dan Semenyih.

Empat kerusi lain dimenangi PN ialah di Taman Medan, Selat Klang, Sungai Kandis dan Morib.

Selangor mempunyai 56 kerusi DUN dan parti bertanding perlu memperoleh sekurang-kurangnya 29 kerusi untuk menang majoriti mudah.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), PH mendominasi Selangor apabila menang 51 daripada 56 kerusi, diikuti BN dan Pas masing-masing mendapat empat dan satu kerusi.

Artikel Berkaitan:

Kedudukan terkini kerusi sebelum DUN dibubarkan ialah PH memiliki 40 kerusi (PKR-19, DAP-15, Amanah-enam), BN (lima), Bersatu (empat), Parti Bangsa Malaysia (PBM) (dua) manakala Pas, Pejuang dan Warisan masing-masing satu kerusi serta seorang wakil rakyat Bebas