PRN: Pemimpin BN, PH mula berkumpul di WTC

Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini kembali menjadi tumpuan sebagai lokasi pemimpin-pemimpin parti daripada Kerajaan Perpaduan berkumpul bagi menantikan keputusan rasmi pilihan raya negeri (PRN).
Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini kembali menjadi tumpuan sebagai lokasi pemimpin-pemimpin parti daripada Kerajaan Perpaduan berkumpul bagi menantikan keputusan rasmi pilihan raya negeri (PRN).
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini kembali menjadi tumpuan sebagai lokasi pemimpin-pemimpin parti daripada Kerajaan Perpaduan berkumpul bagi menantikan keputusan rasmi pilihan raya negeri (PRN).

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi turut dijadual hadir.

Setakat jam 8.30 malam, beberapa pemimpin Barisan Nasional (BN) dilihat telah tiba antaranya Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail; Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin; Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan; Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Mohd Razlan Muhammad Rafii; Exco Wanita UMNO Malaysia, Datin Anne Ngasri.

Selain itu, turut kelihatan pemimpin PH, Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman.

Petugas-petugas media berkumpul sejak jam 5 petang bagi mengikuti perkembangan terkini keputusan tidak rasmi.

Bagaimanapun, sehingga berita ini ditulis, hanya petugas media daripada Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) dan Radio Berita Malaysia (RTM) dibenarkan masuk masuk ke Dewan Tun Hussein Onn sementara petugas-petugas media lain hanya berada di pekarangan dewan.

Artikel Berkaitan: