[KEPUTUSAN TIDAK RASMI] PN mendahului di Terengganu

PN mendahului di 14 kerusi bagi Terengganu manakala gabungan PH-BN tiga kerusi setakat jam 8.30 malam proses pengundian undi PRN pada Sabtu.
PN mendahului di 14 kerusi bagi Terengganu manakala gabungan PH-BN tiga kerusi setakat jam 8.30 malam proses pengundian undi PRN pada Sabtu.
A
A
A
SHAH ALAM - Perikatan Nasional (PN) mendahului pada ketika ini di 14 kerusi bagi Terengganu manakala gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) tiga kerusi setakat jam 8.30 malam proses pengundian undi pilihan raya negeri (PRN) pada Sabtu.

Berdasarkan keputusan tidak rasmi itu, calon PN mendahului di 14 Dewan Undangan Negeri (DUN) melibatkan Jertih, Kota Putra, Jabi, Permaisuri, Langkap, Batu Rakit, Bukit Tunggal, Bukit Payung, Tepuh, Bulu Gading, Wakaf Mempelam, Ru Rendang, Ladang dan Kijal.

Manakalah, PH-BN mendahului bagi kawasan Hulu Besut, Ajil serta Bukit Besi.

Dalam pada itu, bagi calon BN, Nawi Mohamad sedang mencatatkan undian tinggi di DUN Kota Darul Aman.

Terengganu mempunyai keseluruhan 32 DUN dan angka kiraan undi beberapa kerusi lain masih belum diperoleh setakat ini.

Ikuti maklumat terkini Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri di sini!

Artikel Berkaitan: