PRN: Aliran trafik masih lancar

Aliran trafik setakat jam 6.30 petang ini di semua lebuh raya utama negara masih lancar dan tiada sebarang kesesakan luar biasa dilaporkan sempena PRN di enam negeri pada Isnin. - Gambar Facebook LLM
Aliran trafik setakat jam 6.30 petang ini di semua lebuh raya utama negara masih lancar dan tiada sebarang kesesakan luar biasa dilaporkan sempena PRN di enam negeri pada Isnin. - Gambar Facebook LLM
A
A
A

KUALA LUMPUR - Aliran trafik setakat jam 6.30 petang ini di semua lebuh raya utama negara masih lancar dan tiada sebarang kesesakan luar biasa dilaporkan sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri pada Isnin.

Jurucakap PLUS Malaysia Berhad berkata, terdapat dua kemalangan di Kilometer (KM) 40.1 arah selatan iaitu dari Sedenak ke Kulai dan KM 434 arah utara dari Sungai Buaya ke Bukit Beruntung namun keadaan trafik terkawal serta tiada lorong terhalang.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata, aliran trafik Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 dan 2 lancar di kedua-dua arah.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik. - Bernama

Artikel Berkaitan: