PRN: OKU semangat tunai tanggungjawab mengundi

Nazirah tetap semangat untuk mengundi di SMK Kompleks Seberang Takir pada Sabtu.
Nazirah tetap semangat untuk mengundi di SMK Kompleks Seberang Takir pada Sabtu.
A
A
A

KUALA NERUS - Semangat untuk mengundi memberi kekuatan kepada Nazirah Ngah, 34, yang bergelar orang kurang upaya (OKU) untuk melaksanakan tanggungjawab di pusat mengundi Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kompleks Seberang Takir, di sini pada Sabtu.

Nazirah yang dilahirkan tidak sempurna memerlukan alat bantuan untuk berjalan berikutan masalah pada kaki yang dihidapinya.

Menurut anak kelahiran Kampung Baru Seberang Takir itu, dirinya begitu teruja untuk mengundi sebaik Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan tarikh mengundi bagi pilihan raya negeri (PRN) kali ini.

"Hari ini merupakan kali kedua saya mengundi selepas layak untuk undi dan saya begitu semangat sekali menanti hari ini.

"Harapan saya, siapa pun yang bakal dipilih menjadi wakil rakyat di sini, laksanakan tanggungjawab sebaiknya untuk menjaga rakyat," katanya yang datang ke pusat mengundi ditemani sepupu, Halimah Mohd Noor, 43.

Abdul Wahab Abdullah, 78, yang berkerusi roda selepas mengalami penyakit saraf tetap bersemangat untuk mengundi.
Abdul Wahab Abdullah, 78, yang berkerusi roda selepas mengalami penyakit saraf tetap bersemangat untuk mengundi.

Sementara itu, warga emas, Abdul Wahab Abdullah, 78, mengakui tidak pernah melepaskan peluang mengundi setiap kali tibanya pilihan raya.

Dia yang terpaksa berkerusi roda selepas mengalami penyakit saraf tetap bersemangat untuk mengundi.

Artikel Berkaitan:

"Alhamdulillah, setiap tahun saya tidak pernah ketinggalan untuk mengundi kerana ini tanggungjawab.

"Kepada bakal wakil rakyat, saya harap apa yang dijanjikan sebelum ini ditunaikan sebaik dipilih sebagai pemenang nanti," katanya yang mengalami penyakit saraf sejak lebih 10 tahun lalu dan keadaan menjadi lebih teruk sejak empat tahu kebelakangan ini.

Ikuti maklumat terkini Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri di sini!