X

Kindly register in order to view this article
!

Pakar di UK sedia rawat bayi hidap kanser 'Germ cell tumor '

Bayi Ainul Mardhiah - Foto Facebook Ahmad Safiuddin
A
A

KUALA LUMPUR - Bayi berusia lapan bulan, Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin yang menderita kanser ‘Germ Cell Tumor’ di bahagian mulut dijangka berlepas ke United Kingdom (UK) minggu depan, bagi menerima rawatan daripada doktor pakar di negara berkenaan.

Bapanya, Ahmad Safiuddin Ahmad Razak, 24, berkata pasukan doktor pakar di United Kingdom sudah bersedia memberi rawatan kepada Ainul Mardhiah, dan meminta Imbasan Magnetik Resonan (MRI) dilakukan terhadap bayinya itu terlebih dahulu di sini, untuk rujukan doktor pakar sebelum rawatan dimulakan.

Penderitaan bayi itu turut mendapat perhatian doktor pakar pelatih surgikal kelahiran Malaysia yang bertugas di hospital terkemuka United Kingdom, Dr Nur Amalina Che Bakri.

“Dr Amalina hubungi isteri saya melalui WhatsApp mengatakan seorang doktor pakar bernama Dr Jorgensen bersedia merawat Ainul.

“Tetapi mereka suruh kami buat MRI dulu sebab melalui MRI itu mereka baru boleh bincang mengenai macam mana nak lakukan pembedahan dan sebagainya,” kata beliau ketika dihubungi di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Ahmad Safiuddin berkata hasil sumbangan orang ramai yang prihatin terhadap keadaan Ainul Mardhiah sudah mencukupi untuk menampung kos perjalanan mereka ke London.

Keadaan Ainul Mardhiah yang menghidap kanser Germ Cell Tumor sejak lahir mendapat perhatian segenap masyarakat di Malaysia mahupun luar negara setelah kisahnya dimuat naik ke media sosial.

Dr Amalina yang prihatin terhadap keadaan Ainul Mardhiah telah menyatakan hasratnya untuk membantu dan akan cuba menghubungi beberapa kenalannya daripada pelbagai bidang kepakaran bagi membincangkan mengenai kes bayi itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Berita baik buat adik Ainul Mardhiah hidap kanser Germ Cell Tumor


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus