Sila log masuk terlebih dahulu.

Penganggur tumbuk, hempas bapa dipenjara lapan bulan

A
A
A

BERITA SEMASA 22 JUN 2023

Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara lapan bulan oleh Mahkamah Majistret Melaka, pada Khamis kerana menumbuk dan menghempas tubuh bapanya ke tanah, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Farhana Yaacob.

Muhammad Fahmi Ramli dijatuhi hukuman itu selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama yang dibacakan hadapan Majistret Sharda Shienha Mohd Suleiman.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja telah menyebabkan cedera ke atas ayah kandung, Ramli Samad dengan menumbuk di kepala dan menghempas badannya ke tanah berbatu.

Lelaki tersebut didakwa melakukan kesalahan itu di alamat, 2154-2 Jalan Bunga Raya 4, KM4, Kampung Semabok, pada jam 7.06 petang, 13 Jun lalu.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/264752/berita/semasa/penganggur-tumbuk-hempas-bapa-dipenjara-lapan-bulan

Muzik: Elevate dari www.bensound.com