"Tukar Pas di Kelantan, selesai ke isu air?" - Mohd Amar

Mohd Amar
Mohd Amar
A
A
A

MACHANG - Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah mempersoalkan adakah isu air di negeri ini akan selesai jika menukar Pas kepada parti lain pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ini.

"Kalau tukar kerajaan Pas nak bagi dekat siapa (kerajaan).

"Jika pentadbiran negeri ini diserahkan kepada gabungan BN-PH (Barisan Nasional-Pakatan Harapan) ia tetap akan bermasalah," katanya semasa ceramah di Kemuning pada malam Khamis.

Beliau berkata demikian selepas rakyat negeri ini dilaporkan mahu menukar kerajaan bagi menyelesaikan masalah air pada PRN Sabtu ini.

"Bagi dekat PH...Pulau Pinang, Selangor, tak ada masalah air ke. Mereka kata kita pusing (isu), tapi itulah hakikat sebenarnya.

"Sebab nak tukar nak selesaikan masalah air, bagi dekat Pas sudah 30 tahun air tidak dapat diselesaikan. Dia tidak sedar (BN) khianat (sekat peruntukan)...10 tahun kita tidak dapat peruntukan," ujarnya.

Menurutnya, jika pertukaran kerajaan itu dengan tujuan menyelesaikan masalah air, negeri yang ditadbir mereka pun (BN-PH) gagal mengatasi perkara tersebut.

Ujarnya, Pas hairan setiap kali ceramah, isu air terus dibangkitkan oleh BN-PH.

Artikel Berkaitan:

Mohd Amar memberitahu, bagaimanapun masalah air tidak dimasukkan di dalam manifesto BN-PH.

"Sepatutnya mereka jelaslah pada rakyat, apa yang mahu dilakukan bagi menyelesaikan masalah air. Apa perancangan, pelan dan belanja yang diperlukan.

"Tapi yang keluar parkir percuma, diskaun cukai. Patutnya jelaskan bagaimana nak selesaikan isu air, barulah nampak jantan," katanya.