Penganjur himpunan diminta hadir beri keterangan 17 Mei ini

Mazlan Lazim
Mazlan Lazim
A
A
A

KUALA LUMPUR - Penganjur Himpunan Pertahan Kedaulatan Islam diminta hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi untuk memberi keterangan pada 17 Mei ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, lima individu telah dipanggil untuk memberi keterangan berhubung perhimpunan anjuran mereka di ibu negara pada Sabtu lepas.

Setakat ini, 11 individu terdiri daripada saksi dan pengadu telah diambil keterangan untuk membantu siasatan.

“Proses ambil keterangan masih berlangsung untuk kita jalankan siasatan mengikut Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini, hari ini.

Pada Sabtu lepas, Ketua Polis Dang Wang, Asisten Komisioner Mohd Fahmi Visuvanathan Abdullah berkata notis penganjur Himpunan Pertahan Kedaulatan Islam tidak lengkap.

Himpunan anjuran Gerakan Pembela Ummah (Ummah) diadakan berikutan beberapa isu terkini termasuk ratifikasi Statut Rom. - Bernama

Artikel Berkaitan: