'Kita jadi kerajaan bukan hendak tunjuk adanya bangunan tinggi'

Ahmad Samsuri (tengah) bergambar bersama penyokong yang hadir pada program Chat With Me 3.0 di Dataran Jambatan Angkat di sini pada Khamis.
Ahmad Samsuri (tengah) bergambar bersama penyokong yang hadir pada program Chat With Me 3.0 di Dataran Jambatan Angkat di sini pada Khamis.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Dasar kejayaan Pas Terengganu bukan diukur dengan terdirinya banyak bangunan untuk dijadikan sebagai kebanggaan.

Sebaliknya Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, kerajaan yang dipimpinnya lebih mengutamakan penyelesaian isu rakyat.

"Kita jadi kerajaan bukan sekadar hendak tunjuk buat bangunan tinggi-tinggi tetapi hendak menyelesaikan masalah rakyat

"(Kerajaan kena fikir) rakyat hendak makan dulu ke atau duduk dalam bangunan? (tentunya) makan dulu. (Jadi) inilah yang menjadi prinsip kita iaitu melaksanakn tanggungjawab dan tugas mengikut keutamaan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika tampil dalam program Chat With Me 3.0 di Dataran Jambatan Angkat di sini pada Khamis.

Ahmad Samsuri yang juga Naib Presiden Pas berkata demikian bagi mengulas dakwaan bahawa tiada pembangunan dilaksanakan sepanjang partinya mentadbir Terengganu.

Turut hadir, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang, penceramah bebas, Azhar Idrus serta pimpinan tertinggi parti.

Tambah Ahmad Samsuri, kerajaan negeri terpaksa menanggung banyak projek terbengkalai yang ditinggalkan kerajaan terdahulu juga menjadi faktor negeri yang dipimpinnya tidak dapat melaksanakan projek pembangunan baharu.

Artikel Berkaitan:

"Ketika kita ambil alih kerajaan (pada awal dulu), kita selesaikan projek pembangunan yang tidak siap. Inilah yang kita lakukan," katanya.