Media sosial bukan ukuran sebenar sokongan pengundi muda

Nurul Amal pada sidang akhbar selepas berkempen bersama Nuraini bagi DUN Bandar Baharu di Sungai Batu, Mahang pada malam Rabu.
Nurul Amal pada sidang akhbar selepas berkempen bersama Nuraini bagi DUN Bandar Baharu di Sungai Batu, Mahang pada malam Rabu.
A
A
A

BANDAR BAHARU - Platform media sosial dilihat bukan ukuran sebenar kepada penglibatan golongan muda untuk memilih parti mana yang akan diundi pada pilihan raya negeri (PRN), Sabtu ini.

Ketua Puteri UMNO, Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi berkata, pengundi muda hari ini sudah tahu menilai dan boleh membuat keputusan tepat untuk memilih gabungan parti yang mampu membawa kebaikan kepada enam negeri terlibat dengan PRN.

Menurutnya, pengundi muda juga dilihat mula menolak politik yang tidak matang dan selain tidak suka kepada sentimen kebencian atau provokasi dimainkan sepanjang PRN.

"Saya nampak dari segi media sosial ia tidak menuju ke mana-mana parti sebenarnya kerana ia seimbang. Tidak ada. Kita nampak provokasi begitu kuat (daripada lawan), mungkin PRN kali ini (kempen mereka) tak semewah (pilihan raya lalu).

"Saya anggap orang muda zaman ini cerdik pandai. Saya sendiri mewakili orang muda pun tak suka mainkan isu sentimen, kebencian. Bila kami tinjau dalam kalangan orang muda pun berpendapat sama," katanya pada sidang akhbar pada malam Rabu.

Terdahulu, beliau turun berkempen bersama calon Barisan Nasional (BN) Bandar Baharu, Nuraini Yusoff bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar Baharu di Sungai Batu, Mahang, dekat sini.

Menyentuh kempen Nuraini pula, Nurul Amal berkata, jentera parti di kawasan tersebut Bandar perlu memberi tumpuan untuk mengajak pengundi keluar beramai-ramai mengundi pada Sabtu ini.

Nuraini yang juga Ketua Puteri UMNO Kedah berdepan pertembungan satu lawan satu dengan bekas Dekan Pusat Pengajian Kejuruteraan Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr Muhammad Suffian Yusof yang mewakili Perikatan Nasional (PN).

Artikel Berkaitan:

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), DUN Bandar Baharu dimenangi calon BN, Datuk Noorsabrina Mohd Noor meraih majoriti 377 undi menewaskan calon PKR, Datuk Azimi Daim dan calon Pas, Rohaizat Jaafar.