Video bapa serang pengasuh taska pula tular

Tangkap layar rakaman video yang tular di media sosial memaparkan seorang lelaki dipercayai bapa kepada kanak-kanak didera di sebuah taska,bertindak menyerang pengasuh di taska tersebut.
Tangkap layar rakaman video yang tular di media sosial memaparkan seorang lelaki dipercayai bapa kepada kanak-kanak didera di sebuah taska,bertindak menyerang pengasuh di taska tersebut.
A
A
A

KOTA KINABALU - Selepas tular video seorang kanak-kanak dipercayai didera di sebuah taska, muncul satu lagi video dipercayai bapa kepada kanak-kanak berkenaan yang bertindak menyerang pengasuh di taska tersebut.

Video berdurasi 29 saat itu dirakam kamera litar tertutup (CCTV) lanjutan daripada insiden selepas kedua ibu bapa terbabit berang melihat anak mereka dikasari di taska tersebut.

Video itu memaparkan seorang lelaki bertindak mencekik dan menampar salah seorang wanita dipercayai individu yang memukul anaknya.

Rakaman video turut menunjukkan seorang wanita dipercayai isteri lelaki terbabit yang mendukung anak mereka cuba meleraikan pergaduhan tersebut.

Bagaimanapun, seorang lagi pengasuh di taska itu turut menerima nasib yang sama ditumbuk oleh lelaki berkenaan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintenden Kalsom Idris mengesahkan terdapat dua laporan polis dibuat oleh pihak taska berkenaan.

"Suspek (pengasuh) dan pengetua ada membuat laporan polis dan bapa kanak-kanak terbabit disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan namun tiada tangkapan dibuat," katanya.

Sinar Harian pada Rabu melaporkan tular satu video rakaman CCTV berdurasi dua minit 12 saat yang memaparkan seorang wanita di sebuah tadika bertindak menendang, menarik rambut, menolak dan memukul kepala seorang kanak-kanak dengan menggunakan buku.

Artikel Berkaitan:

Video itu turut ditonton oleh ibu bapa kanak-kanak berkenaan sehingga menyebabkan kedua-duanya berang dengan perbuatan wanita itu.

ARTIKEL BERKAITAN:

Ibu meraung lihat CCTV anak dipukul di taska

Wanita dera kanak-kanak di taska direman