Polis cari empat suspek samun pasangan warga emas

Polis sedang memburu sekumpulan empat lelaki yang disyaki melakukan samun bersenjata parang di sebuah premis di Taman Sentosa di Tanjung Malim, Isnin lalu.
Polis sedang memburu sekumpulan empat lelaki yang disyaki melakukan samun bersenjata parang di sebuah premis di Taman Sentosa di Tanjung Malim, Isnin lalu.
A
A
A

TANJUNG MALIM - Polis sedang memburu sekumpulan empat lelaki yang disyaki melakukan samun bersenjata parang di sebuah premis di Taman Sentosa di sini, Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Tanjung Malim, Superintenden Mohd Hasni Mohd Nasir berkata, kejadian sekitar jam 3.15 pagi itu melibatkan pasangan suami isteri berusia 70 dan 66 tahun.

"Kesemua suspek memakai sarung muka dan tangan telah masuk kedai melalui pintu 'roller shutter'. Mangsa yang menyedari kehadiran suspek cuba menjerit namun diacu dengan parang meminta mangsa diam.

"Mangsa yang ketakutan telah menyerahkan barangan kemas, wang tunai RM2,000 dan wang hasil jualan runcit dengan nilai keseluruhan sekitar RM10,000," katanya.

Menurut beliau, pasangan terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan selepas kesemua suspek berjaya melarikan diri.

"Kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan iaitu rompakan berkumpulan dengan bersenjata.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu boleh tampil menyalurkan maklumat atau berhubung dengan Inspektor Raja Nabila Raja Abdul Samad di talian 012-2854320 bagi membantu siasatan," katanya.

Artikel Berkaitan: