KDN sedia bantu SPRM kes menantu Muhyiddin

Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail
Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail
A
A
A

SHAH ALAM - Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan memberi kerjasama dan bantuan yang diperlukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes melibatkan menantu bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pihaknya sentiasa terbuka dalam memberikan kerjasama dalam melibatkan bantuan kepada mana-mana agensi.

"Berkaitan kes tersebut, apabila seseorang itu atau subjek yang terlibat dalam satu-satu kes dan berada di luar negara, KDN akan diminta untuk memberikan kerjasama.

"Kita melihat dan menunggu dahulu sebarang bentuk kerjasama yang diperlukan oleh pihak SPRM," katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas program Seminar Pembangunan Modal Insan dan Sahsiah Diri di bawah Program Permuafakatan PDRM bersama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) serta Institut Pengajian Tinggi awam dan swasta Selangor di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) Shah Alam di sini pada Rabu.

Sinar Harian pada Rabu melaporkan, SPRM akan meminta kerjasama Jabatan Imigresen bagi membekukan pasport Datuk Seri Muhammad Adlan Berhan yang merupakan menantu Muhyiddin dan seorang lagi individu kerana diperlukan bagi isu rasuah, penyelewengan berhubung projek berkaitan pendaftaran, pengambilan serta penyimpanan biometrik pekerja asing di sebuah kementerian.

Bagaimanapun, Muhammad Adlan dalam satu kenyataan melalui peguam, Datuk Baljit Singh Sidhu menafikan beliau lari daripada pihak berkuasa dan menyatakan akan pulang ke tanah air bagi membantu siasatan.

Pada Isnin, SPRM menerusi kenyataan memaklumkan bahawa pihaknya sedang mengesan dua lelaki bagi membantu siasatan kes rasuah dan penyelewengan berhubung projek berkaitan pendaftaran, pengambilan serta penyimpanan biometrik pekerja asing di sebuah kementerian.

Artikel Berkaitan:

SPRM dalam satu kenyataan berkata, dua individu yang dikesan itu ialah Muhammad Adlan Berhan, 48, dan Mansoor Saat, 69.

ARTIKEL BERKAITAN:SPRM minta JIM beku pasport menantu Muhyiddin

SPRM kesan dua individu termasuk menantu Muhyiddin

Muhyiddin enggan ulas status menantu dicari SPRM

Muhyiddin dicabar dedah lokasi menantu, bantu siasatan SPRM

Menantu Muhyiddin nafi larikan diri ke luar negara - Peguam

Ahmad Zahid cabar Muhyiddin minta menantu pulang

Dakwaan rasuah: Menantu Muhyiddin tak perlu lari jika tidak bersalah

SPRM minta JIM beku pasport menantu Muhyiddin