Kelantan tidak maju, Annuar perlu akui kesalahan - Zahid

Ahmad Zahid ketika hadir pada Program Desa Cerdas Kemas di Felda Tenang hari ini. - Foto Bernama
Ahmad Zahid ketika hadir pada Program Desa Cerdas Kemas di Felda Tenang hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

PASIR PUTEH - Pengerusi Muafakat Nasional (MN), Tan Sri Annuar Musa seharusnya mengakui kesalahan sendiri daripada menuding jari kepada kerajaan persekutuan yang didakwanya menjadi penyebab Kelantan tidak maju.

Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, ini kerana Annuar pernah menyandang jawatan Pengerusi UMNO dan Pengerusi BN Kelantan.

“Dulu dia pernah jadi pengerusi perhubungan dan dia harus mengaku kesalahannya,” kata beliau pada sidang akhbar selepas Program Pemimpin Bersama Masyarakat Perumahan Nelayan Tok Bali di sini pada Rabu.

Turut hadir, Setiusaha Agung UMNO yang juga Pengerusi Majlis Amanah Rakyat, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan Ketua Penerangan UMNO Kelantan yang juga Pengerusi Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan, Datuk Zawawi Othman.

Sementara itu, Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO ketika mengula smengenai dakwaan Annuar bahawa akan ada ahli dan kepimpinan UMNO keluar parti secara besar-besaran, beliau percaya perkara itu melibatkan keluarga bekas Ahli Parlimen Ketereh itu sahaja.

“Perkara yang berlaku, hanya anak-beranak dia saja yang keluar UMNO,” kata Timbalan Perdana Menteri itu.

Sebelum ini, media tempatan melaporkan bahawa Annuar Musa mendakwa sekiranya Kelantan tidak maju, ia adalah 80 peratus kesalahan kerajaan pusat.

Anwar berkata, ini kerana negara mengamalkan sistem federalisme iaitu sudah dihuraikan apa tanggungjawab kerajaan pusat, kerajaan negeri dan bersama.

Artikel Berkaitan:

Ikuti maklumat terkini Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri di sini!