MOSTI beri penekanan kepada teknologi AI dalam pertanian

Penggunaan aplikasi teknologi moden dalam sektor pertanian mampu meningkatan pengeluaran hasil pertanian. - Gambar hiasan 123RF (Gambar kecil: Lih Kang)
Penggunaan aplikasi teknologi moden dalam sektor pertanian mampu meningkatan pengeluaran hasil pertanian. - Gambar hiasan 123RF (Gambar kecil: Lih Kang)
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) akan memberikan penekanan kepada penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam bidang pertanian, bagi meningkatkan daya tahan sektor agromakanan negara, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang.

Beliau berkata, selain itu pendekatan pertanian regeneratif dan tanaman berdaya tahan iklim, akan turut diberikan penekanan dan menjadi antara usaha yang diberikan tumpuan dalam menangani keterjaminan makanan negara.

"Kejayaan pelaksanaannya diharap dapat meningkatkan produktiviti yang boleh memberi manfaat kepada petani kecil,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Lih Kang berkata, selain penggunaan teknologi dalam pertanian, kerajaan juga menyediakan peruntukan sejumlah RM200 juta di bawah Agrobank, untuk dimanfaatkan bagi membantu penyediaan kemudahan pembiayaan.

"Ia sebagai antara usaha menyokong industri makanan tempatan, menjurus kepada peningkatan pengeluaran melalui penggunaan aplikasi teknologi moden dalam sektor pertanian,” katanya.

Lih Kang berkata, Malaysia tidak boleh lagi menjadi sekadar pengguna kepada teknologi yang dibangunkan oleh negara maju.

Sebaliknya, beliau berkata, masanya telah tiba untuk rakyat membangunkan keupayaan dan produk serta sistem sendiri, untuk kekal berdaya saing dalam kepesatan perubahan semasa. - Bernama

Artikel Berkaitan: